This is default featured slide 1 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 2 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 3 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 4 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 5 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

Ahad, 12 Ogos 2012

Canon Pixma MX372 – Pencetak Mesra Pengguna

Pasti sangat menjengkelkan jika harus berhadapan dengan pencetak yang sering tersekat atau lambat. Canon tampil dengan Canon Pixma MX372 yang mempermudah kerja mencetak dokumen.

Ini kerana pencetak ini menggunakan pengisian katrij (cartridge loading) sistem terbaru. Bukan itu saja, pencetak terbaru ini juga dilengkapi dengan kemudahan pengimbasan (scanner).

canon pixma mx372Pencetak Canon Pixma MX372 menggunakan pengisian dokumen secara automatik (autodocument feeder) yang memungkinkan hands-free scanning (pengimbasan tanpa pegang). Canon Pixma MX372 turut dilengkapi dengan 30 halaman autodocument feeder dan 100 lembar kertas pada input drawer.

INFO: Canon Pixma MX372
− Menggunakan pengisian katrij sistem terbaru.
− Dilengkapi pengisian 30 halaman dokumen automatik (autodocument feeder)
− Dilengkapi dengan pengimbasan (scanner)

Ogos 2012 Berita Harian

Pendedahan Bahaya laman Sosial Kepada Pelajar

Kuala Lumpur: Mulai tahun depan, pelajar sekolah menengah dan rendah di negara ini akan didedahkan kepada bahaya laman sosial yang boleh mendedahkan mereka kepada risiko menjadi mangsa penculikan dan penipuan terancang.

kawan facebook

Timbalan Yang Dipertua Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Datuk Faridah Khalid, berkata siri ceramah dan bengkel dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) itu dilaksanakan berikutan peningkatan kes penipuan remaja dan wanita tempatan.

Beliau berkata, berdasarkan program dianjurkan pihaknya dengan 150 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara, kesedaran terhadap bahaya penipuan seperti menjadi mangsa janji manis sindiket ‘Awang Hitam’ masih belum mencapai sasaran.

“Ramai wanita tempatan masih terpedaya dan jadi mangsa penipuan hasil perkenalan menerusi laman sosial seperti Facebook. Saya hairan bilangan mereka bukan berkurangan, sebaliknya bertambah termasuk mem-babitkan wanita profesional walaupun pelbagai program dilaksanakan termasuk pendedahan menerusi media massa,” katanya.

Ogos 2012 Berita Harian

Padah Edit Gambar Bogel ke Facebook

Dhaka: Polis Bangladesh menahan seorang ahli perniagaan yang dituduh menyunting satu foto perdana menteri negara itu pada sekeping gambar wanita separuh bogel di laman web Facebook miliknya. Selepas mendapat maklumat, sepasukan anggota polis mengunjungi rumah Shariful Islam di Maizdi, 150 kilometer ke selatan Dhaka.
facebookMereka menemui gambar perdana menteri berkenaan pada komputer lelaki terbabit, kata ketua polis tempatan, Chowdhury Abul Kalam.
“Kami memintanya membuka laman Facebook miliknya. Pada laman web berkenaan, wajah perdana menteri Sheikh Hasina ditampal pada seorang wanita yang separuh bogel,” katanya, semalam.
Shariful adalah seorang pemilik sebuah firma pengiklanan dan turut memalsukan gambar Menteri Dalam Negeri dan beberapa menteri lain,” kata Kalam.
Beliau juga memberitahu, ahli perniagaan terbabit boleh dihukum penjara 10 tahun jika didapati bersalah terhadap tuduhan memfitnah itu.

Pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah undang-undang tahun ini termasuk mengemukakan pendakwaan membabitkan pemilik laman Facebook yang menyasarkan Hasina.

Bulan lalu, seorang pelajar didakwa atas kesalahan memfitnah selepas memberi komen pada Facebook dengan menuduh Hasina bertanggungjawab atas kehilangan pemimpin pembangkang.
Ogos 2012 Berita Harian

Telekomunikasi Malaysia Jana RM47b

Industri telekomunikasi dan multimedia di negara ini menjana pelaburan dan pendapatan RM47 bilion pada tahun lepas berbanding RM45 bilion pada 2010, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
telekomunikasi malaysiaKatanya, peningkatan yang memberangsangkan itu selaras dengan apa yang diputuskan dan diusahakan oleh Jawatankuasa Komunikasi, Kandungan dan Infrastruktur (CCI) yang berperanan meneliti, mengawas dan mempromosi industri itu supaya ia terus berkembang maju.
“Dalam keadaan sedemikian, ia (industri itu) merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan sektor tertentu," katanya.
Beliau tidak menjelaskan sektor yang berkenaan.
Beliau berkata, sektor di dalam industri itu cepat meningkat dan turut mewujudkan peluang pekerjaan yang menggalakkan, iaitu tidak kurang 5,000 jawatan menjelang 2020.
Mengenai Dana Industri Kreatif, katanya, hampir 80 peratus daripada peruntukan RM200 juta telah disalurkan kepada penggiat seni kreatif di negara ini.
“Dana Kreatif ini telah dapat mencapai tahap penyertaan hampir 90 peratus.
“Kita sedang meneliti keberkesanan dana ini melalui syarikat yang telah memperolehinya dan akan memutuskan untuk meneruskan atau tidak berdasarkan keberkesanan ini.
“Kreativiti dalam soal penerbitan berkualiti filem, animasi, seni lukis, kraf dan hasil dari pertukangan tangan atau diterbitkan secara teknikal, digital dan lain-lain," katanya di sini.
Rais berkata, kementerian itu memperoleh indeks prestasi utama yang cemerlang menerusi perbandingan data, antaranya e-kesihatan di mana 28.9 peratus atau lebih 1,000 kemudahan kesihatan disambungkan menerusi jalur lebar berbanding sasaran asal 25 peratus.
“Dalam menghubungkan 1Malaysia ke seberang laut jumlah pengguna agensi yang dapat kita pastikan 20 (sasaran) tetapi kita terima penyertaan 37 dan 15,000 PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) telah berdaftar melalui skim “Get Malaysian Business Online," katanya.
Beliau berkata, kadar penembusan jalur lebar negara pada masa ini berada pada tahap 64 peratus dan akan mencapai 65 peratus tidak beberapa lama lagi, ini jauh melepasi sasaran 50 peratus.
“Ini, ertinya dengan 37 juta pengguna telefon bimbit serta 13.5 juta pengguna Facebook, Twitter dan sebagainya, Malaysia muncul sebagai sebuah negara terkehadapan dalam menggerakkan inisiatif digital juga jalur lebar," katanya.
Rais berkata, 3,500 kampung tanpa wayar dijangka dapat dijelmakan menjelang akhir tahun ini dan 538 menara pemancar telekomunikasi akan dibina.
“Cuma, kita khuatir kualiti telekomunikasi itu perlu ditingkatkan dengan jumlah “drop call" (talian terputus) mesti kurang.
“Kita akan pantau “drop call" ini dan orang ramai diminta membuat aduan tentang pengalaman "drop call" kepada SKM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia)," katanya.

02/08/12 - BERNAMA













Blogger Dijatuhi Hukuman Penjara 3 Bulan

Blogger Amizudin Ahmat hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas dia didapati bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
amizudinHakim Datin Zabariah Mohd Yusof semasa menyampaikan keputusan itu berkata Amizudin telah melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Rais dalam laman blognya.
“Ini satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah custodial selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini,” katanya.
Beliau berkata jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang dilakukan Amizudin bukan sekali berlaku, tetapi beberapa kali dan ia bukansatu perkataan yang boleh diterima.
“Saya nak baca perkataan itu pun, tidak tergamak,” katanya.
Selepas Zabariah membacakan keputusannya, Amizudin yang berada di luar kandang tertuduh bangun dan berkata: “Saya mengaku saya silap, saya memohon maaf, saya tidak faham”.
Zabariah berkata jika tidak faham mengenai perintah mahkamah, Amizudin sepatutnya bertanyakan kepada peguamnya terutama apabila membabitkan kes pelanggaran perintah mahkamah.
Selesai prosiding, Amizudin yang kelihatan sedikit terkejut dengan keputusan mahkamah itu memeluk peguamnya Ahmad Nizam Hamid dan dia kemudiannya dibawa masuk ke dalam kamar mahkamah untuk urusan ke penjara.
Pada 21 November tahun lepas, Rais, 70, diberi kebenaran untuk memulakan prosiding pemenjaraan terhadap Amizudin berhubung dengan saman yang difailkan olehnya.
Pada 19 Julai tahun lepas, Rais memenangi saman beliau dan blogger itu diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi membayar RM300,000 sebagai ganti rugi dan RM100,000 sebagai kos kepada menteri itu.
Rais memfailkan saman itu pada 31 Januari 2011, terhadap Amizudin, 42, yang merupakan anggota Jawatankuasa Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), bagi memfitnah berhubung artikel yang diterbitkan dalam laman blog blogger itu, sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28 Dis, 2010.
oleh Bernama